Kini masanya untuk memperkukuh jentera parti dan berkhidmat kepada rakyat. Semua Ahli Parlimen bersama Ahli DUN dikehendaki menumpukan perhatian di kawasan yang mereka wakili selain daripada tugas lain di peringkat negeri dan pusat.
MPT bersetuju dengan perlantikan Datuk Salehuddin Hashim selaku Setiausaha Agung baru menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim yang kekal selaku ahli Biro Politik (ex-officio) dan Pengerusi Perhubungan Selangor.
Timbalan Setiausaha Agung selain Abdul Halim dan Suzana adalah Genabala dan Jonson.
Semua pimpinan utama ditugaskan dengan tanggungjawab khusus dan akan diumumkan kemudian.
Di sebelah petang saya bersama majlis tahlil di rumah arwah Pak Lang Zaki dan di sebelah malam ke rumah Dr Idris, Ketua Bahagian Segambut.
ANWAR IBRAHIM
No comments:
Post a Comment