Menang pilihan raya kampus terus kena buang kolej, itulah kekecewaan yang jelas dijelaskan oleh seorang calon siswa promahasiswa yang telah berjaya dengan cemerlangannya memenangi kerusi dalam Pilihanraya Kampus (PRK) kali. Nampaknya bagi calon promahasiswa akan mendapat hadiah buang kolej dari HEP yang diketuai Azali apabila menang pilihanraya. Akibat tidak berpuashati dan iri hati terhadap kemenangan calon pro mahasiswa yang tidak boleh dihalang lagi, Dr Azali telah mengamalkan undang-undang rimba untuk menekan pihak kolej membuang pelajar tersebut.
Ini bukanlah taktik dan cara baru yang digunakan oleh Azali untuk menekan mahasiswa, perkara ini telah menjadi strategi utama azali dalam menekan dan menindas mahasiswa. Tahun lepas sahaja hampir 38 orang ahli-ahli Persatuan Mahasiswa Islam UPM yang tidak bersalah dan aktif di Universiti telah diambil tindakan buang kolej ekoran terlibat dalam pilihan raya kampus. Pembuangan pelajar ini termasuk 6 orang calon Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) promahasiswa yang baru sahaj memenangi pilihan raya kampus pada waktu itu. Dimanakah lagi nilaian demokratik yang ada di UPM apabila orang yang gila kuasa memegang ketua yang mengendalikan hal ehwal pelajar. Lalu, terus diamalkan undang-undang rimba untuk menekan mahasiswa.
Signifikannya isu ini, kita perlu lihat dari skop yang luas. Pertama, amat tidak wajar calon MPP yang menang dalam pilihan raya kampus dilayan sebegitu rupa tidak kiralah dia aspirasi atau promahasiswa. Mereka berhak mendapat penghormatan dan penghargaan kerana telah berjaya mengharungi cabaran dalam pilihan raya kampus kali ini. Keduanya, sikap yang diambil oleh pihak kolej membuang pelajar yang berkaliber amat tidak professional dan memalukan. Hal ini kerana, calon yang menang dalam pilihan raya kampus telah terbukti mereka berkaliber sebab itu mereka telah diberi kepercayaan oleh mahasiswa. Mengapakah pihak kolej sanggup diperkudakan oleh azali? Sanggup mengkhianati pelajar melayu islam yang sepatutnya dijaga kebajikannya bukannya dibuang kolej sesuka hati.
Perkara yang ketiga, membuang pelajar yang telah dilantik menjadi oleh tangan mahasiswa merupakan pencabulan demokrasi kampus yang cukup menyedihkan. Mereka ini Majlis Perwakilan Pelajar amat wajar terus dibenarkan tinggal di Kolej kerana mereka sebagai wakil-wakil mahasiswa perlu duduk bersama mahasiswa untuk mendengar segala rintihan mahasiswa. Kelima, UPM sedang dan ada yang sudah mendapat ISO 9001, kalau macam inilah layanan mereka terhadap mahasiswa. Saya lihat wajar ditarik kembali ISO 9001 kepada mereka kerana layanan mereka terhadap mahasiswa yang menjadi pelanggan mereka amat teruk.
Konklusi daripada kes ini membuktikan bahawa demokrasi kampus benar-benar telah dicabuli oleh tangan-tangan raja rimba yang mengguna undang-undang rimba. Raja rimba ini sepatutunya tidak campurtangan dalam urusan mahasiswa sampai peringkat mengarahkan pengetua kolej membuang pelajar yang tidak sehaluan. Raja rimba ini sepatutnya tugas utama dia diamanahkan di jawatan TNCHEP bukan untuk meninda pelajar tetapi adalah untuk membantu kebajikan pelajar. Kalau inilah yang berlaku, betul seperti kata pengerusi GMPS, Azali sepatutnya tempatnya bertanding dalam pilihan raya umum akan datang, tengok diri betul-betul best atau kuat kerana menjadi TNCHEP semata-mata. Pangkat dan darjat suatu yang pasti akan hancur, yang kekal hanya amal kebajikan kita.
Abdul Basit Abdullah
Barisan Mahasiswa Bersatu (BMB)
No comments:
Post a Comment